04 January, 2009

MADU TUALANG TIRUAN / PALSU

RUGI RM27,000.00 AKIBAT TERPEDAYA PUJUKAN SINDIKIT MADU TIRUAN.

Minggu lepas iaitu hari Jumaat saya terima call dari seseorang dari Putrajaya yang mengatakan baru saja menyedari tertipu membeli madu tiruan selepas beliau membaca artikel saya tentang madu tiruan di blog madu ini. Yang mana jalan cerita mereka ditipu adalah sama dengan apa yang saya tulis sepertimana yang mangsa-mangsa lain hadapi.
Kerugian melibatkan wang berjumlah rm27,000.00 dengan tukaran tong berisi madu sebanyak 16 tong semuanya. Dipercayai mereka adalah warga asing yang menyamar loghat orang tempatan sedangkan kalau kita amati loghat mereka adalah orang seberang.
Harap semua orang yang ada niat untuk berniaga madu atau dihubungi seseorang untuk mengajak urusniaga madu tualang yang melibatkan peniaga dari Singapura agar sentiasa berhati-hati kerana anda tidak ada pengalaman menentukan keaslian dan ketulenan madu. Nasihat saya agar hubungi saya untuk dapatkan nasihat sebelum urusniaga berlaku.
Majaroti yang tertipu akan hubungi saya selepas mereka sedari mereka ditipu. Tentu saya tak boleh buat apa2 untuk membantu kecuali menggalakkan membuat report polis dan laporkan kepada pihak akhbar.


Updated 16/4/2012


.....................................................................................


TERTIPU LAGI URUSNIAGA MADU TIRUAN!!!!

Kira-kira 2 minggu lepas saya terima call dari Ipoh....disingkatkan cerita keluarga ini telah ditipu urusniaga madu tiruan lebih rm150,000.00. Melibatkan 30tong madu putih/royal jelly dan 20tong madu tualang kononnya.Modus operandi sama saja iaitu ada pembeli madu dari Singapura yg berminat nk beli dgn madu tualang.Orang tengah nie dah dapatkan madu dgn orang asli Pahang. Jadi orang yg bakal ditipu diminta keluarkan modal membeli madu ngan orang asli kemudian jual semula kepada pembeli dari Singapura dengan untung 2kali ganda....tapi akhirnya org Singapura ini tk muncul-muncul....si penipu ini dah kenduri besar dengan duit yang diterima...begitulah kisahnya.

3 minggu sebelum kisah ini...ade sorang call saya dari Cameron Highland telah ditipu juga tapi jumlah tak berapa banyak dalam rm10,000.00. Sama juga citernya...siap si mangsa sanggup turun dari Cameron ke tempat saya semata-mata nak memastikan madu tersebut asli atau tiruan.

Saya sarankan orang diluar sana agar berhati-hati...penipu nie ade disekeliling kita. Mereka nie tunggu peluang je nak cucuk jarum. Kalau kena dengan masanya maka jadilah helahnya...tertipu lah anda....

Updated 25/6/2011


....................................................................................


Sama kes seperti di bawah yang dialami seorang guru dari Ipoh. Tapi kali ini pengadu ini buat panggilan dari Rawang. Seorang kakitangan kerajaan. Melibatkan kerugian RM39,000.00...banyak tu.
Saya telah menasihatkan beliau membuat laporan polis dan panggil beberapa wakil akhbar untuk sebarkan berita penipuan licik ini. Yang didalangi oleh warga asing yang pelat cakapnya seolah dari Sabah atau Sarawak tetapi kalau amati mereka sebenarnya dari negara seberang.
BAGI ANDA DILUAR SANA JIKA DITAWARKAN URUSAN BISNES SEPERTI INI LAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS AGAR PEROMPAK INI DAPAT DITANGKAP DAN DIPENJARAKAN.!!!!!!!!!JANGAN SELEPAS KENA TIPU BARU NAK LAPOR POLIS...PASTI SUKAR NAK JEJAK MEREKA.

Updated 26/4/2011


-------------------------------------------------------------------------------------



LAGI KES PENIPUAN!!!!!!!!
Semalam seorang guru dari Ipoh telah menefon saya dan menyatakan telah membuat 1 urus niaga dengan membuat pembelian madu tualang yang banyak bagi tujuan bisnes dengan orang Singapore.Penjual menyatakan madu dari Ulu tembeling, Pahang...pembeli dah ada...dari Singapore. Harga jualan boleh naik 2@3 kali ganda jika dijual pada org Singapore itu....terus saya potong cerita guru tersebut....saya kata dia terbeli madu dari 'penjenayah' penjual madu tiruan.
Akhirnya beliau terima ketentuan ini, memamg guru ini sudah mengagak ditipu setelah beliau tak dapat menghubungi no hp si penjenayah ini dan tiada orang Singapura pun yang hubungi beliau.
Semua kerugian ialah RM20,000.00(20 tong madu). Jadi anda diluar sana berhati-hatilah walau pun yang menjual itu adalah 'orang asli' yang keluar dari hutan kerana menurut guru tersebut madu yang dihantar ke rumahnya dikendali oleh pekerja terdiri dari 'orang asli'.

Updated 3/8/2010

.....................................................................................

Madu Tualang Tiruan Di Pasar Malam
Kejadian ini berlaku di tapak pasar malam perumahan rumah saya di Saujana Utama,Sungai Buluh. Uncle ini akhirnya mengaku menjual madu tiruan selepas 'berlawan cakap' berkenaan madu tualang. Beliau tetap tidak mahu memberikan no tel @ hp, alamat tetap perniagaannya serta alamat rumah. Banyak perkara dia terperangkap dengan soalan-soalan dari saya. Selepas saya perkenalkan diri sebagai pencari/penjual madu tualang beliau terus mengaku madu yang dijual adalah palsu/tiruan dan berkemas untuk beredar dari situ. Ketika gambar ini diambil beliau menundukkan kepala supaya wajahnya tidak dirakamkan.

Oleh itu kepada pembeli diluar sana, anda haruslah berhati-hati apabila membeli madu tualang. Terlampau ramai penjual madu tiruan sekarang ini termasuk melibatkan jualan di dalam internet. Dua hari selepas kejadian di atas saya telah mendesak seorang lagi penjual madu tualang tiruan di luar kawasan Masjid Wilayah, K.L(bawah bukit masjid, dekat trafik light dkt medan selera). Beliau mendakwa bapanya mencari sendiri madu tersebut di Rembau juga Pahang. Setelah diserang dengan soalan2 cepu emas akhirnya peniaga ini berdalih mengatakan ada orang asli pula yang membekalkan madu pada bapanya. Penjual ini hanya terdiam apabila saya menegaskan madu ROYAL JELLY TUALANG itu adalah confirm palsu. Apabila ramai yang mendengar perbualan kami peniaga ini berdalih2 dan menyalahkan pembekal madu yang membekalkan kepada bapanya. Pada minggu berikutnya beliau dah tak datang berniaga di situ lagi.

Tujuan saya bersikap demikan apabila berjumpa peniaga begitu adalah semata-mata menjalankan tanggungjawab kepada orang ramai, agar tidak tertipu dan terminum 'racun' yang boleh merosakkan organ dalaman anda. Saya bukan nak menakutkan anda sebaliknya inilah akan berlaku. Berlaku kerosakan kepada buah pinggang, hati dan seterusnya jantung anda.Jauh sekali demi kepentingan bisnes saya, jauh sekali kononnya untuk menjadi hero masyarakat. Apa yang saya buat adalah ilmu tentang madu yang ada digunakan/dikongsikan untuk kepentingan orang ramai.

Updated 23/06/2010





-------------------------------------------------------------------------------------

Orang Asli diperalat jual ‘madu tualang’ air gula di R&R Sungai Perak : KOSMO 01/01/09


Keterangan Gambar :SEBAHAGIAN daripada madu lebah tiruan yang dijual oleh Orang Asli di kawasan hentian rehat Sungai Perak.

KUALA LUMPUR – Beberapa Orang Asli telah diperdaya oleh pihak tertentu untuk menjual air gula yang didakwa sebagai madu lebah di gerai Orang Asli di kawasan hentian rehat Sungai Perak.

Pelanggan yang mengunjung gerai itu, terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan, dengan mudah boleh tergoda untuk membeli cecair berwarna keemasan yang dibotolkan itu kerana menyangkanya madu liar tulen yang diusahakan oleh Orang Asli.

Bagaimanapun, seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM) yang membuat pengkhususan dalam apiterapi (kaedah perubatan menggunakan produk madu lebah) secara kebetulan membongkar penipuan itu selepas menguji sampel dari gerai berkenaan.

Prof. Kamaruddin Mohd. Yusoff dari Fakulti Perubatan berkata, beliau membeli air gula terbabit dengan tujuan menganalisis perbezaan khasiat madu liar yang diusahakan oleh Orang Asli.

Sebaliknya, beliau mendapati ia sekadar air gula yang telah melalui beberapa rawatan kimia bagi meniru ciri-ciri fizikal madu lebah. Apabila beliau meminta penjelasan daripada Orang Asli berkenaan, pakar itu hanya diberitahu bahawa mereka diminta oleh ‘seseorang’ untuk menjual produk itu.

-------------------------------------------------------------------------------------


Keterangan gambar :Salah sebuah gerai jualan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak yang tidak lagi menjual madu lebah sejak semalam.

KUALA KANGSAR - Ada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang singgah di Hentian Rehat Sungai Perak untuk membeli madu kini terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan hampa.

Semuanya gara-gara beberapa Orang Asli yang menjual madu di situ sudah tidak lagi mengambil stok produk tersebut yang sebelum ini menarik perhatian ramai apabila hasil kajian seorang pakar mendapati ia sebenarnya air gula.

"Kami sudah tidak jual madu lagi, 'bos' tak kasi. Kalau nak beli produk hasil hutan lain, ada kami jual,'' kata seorang penjual Orang Asli yang enggan identitinya didedahkan semalam.

Dia dan beberapa peniaga lain bukan sahaja tidak lagi memperagakan botol-botol madu, malah enggan melayani permintaan pelanggan yang bertanyakan produk tersebut.

Sementara itu, beberapa pengunjung ketika ditemui mahu pihak pengurusan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) campur tangan dan memantau perkara tersebut kerana ia melibatkan imej kemudahan syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------

'Bukan madu kami'

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA KANGSAR - Beberapa orang penjual madu lebah dari kalangan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak semalam mengakui produk tersebut bukan hasil hutan yang mereka cari sendiri, sebaliknya dibekalkan oleh sebuah syarikat.

Malah, mereka kini tidak lagi memperagakan botol-botol madu itu secara terbuka selepas pendedahan seorang ahli biokimia dari Universiti Malaya (UM)bahawa kajiannya mendapati madu itu sebenarnya air gula.

Seorang peniaga yang enggan identitinya didedahkan mengakui mereka bukan pencari madu, tetapi ejen jualan sebuah syarikat pembekal yang turut memberi mereka salinan surat perakuan bahawa madu-madu itu produk tulen.


-------------------------------------------------------------------------------------

Peniaga jual madu tiruan silap mangsa


Sila klik : http://www.youtube.com/watch?v=b54PYVBN_7w


Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Sebelum ni dah banyak orang kena tipu puluhan ribu ringgit berhubung dengan perniagaan madu lebah.Tapi si penipu ni bijak menghilangkan diri selepas madu tiruan di hantar kepada mangsa dan menerima habuan wang tunai.
Ceritanya sama sahaja.Sebab saya pun telah didatangi oleh sindikit ini untuk menjual madu dalam kuantiti yang banyak kepada saya.Supaya tuan/puan di luar sana tidak ditipu maka saya turunkan/dedahkan taktik si penipu ini lakonkan agar urusniaga ini nampak real berdasarkan pengalaman saya, pelanggan madu lebah tualang saya juga seorang jiran saya yang hampir ditipu RM39,000.00 apabila saya berkeras menegahnya berurusan dengan orang begini.

1)penipu ini akan menelefon anda mengatakan beliau ada madu lebah dalam kuantiti yang banyak untuk 'ditolak' kepada yang berminat untuk buat duit dgn senang.Kebiasaannya orang yang menjadi target mereka adalah terdiri dari peniaga atau orang yang berduit(duit boleh buat duit).Madu tersebut dari Ulu Tembeling,Pahang.Orang asli yang panjat dan ambil dari pokok tersebut.
2)Penipu ni kata pembeli madu ni dah ada...orang Singapore.Jadi kita boleh dapat untung atas angin je....iaitu bayar duit ni pada si penipu(kononnya dia ni orang tengah kepada orang asli)dan dalam masa 1 @ 2 hari dia akan bawa orang Singapore yang akan beli madu tu pada harga yang tinggi(1 tong madu boleh dapat untung hingga RM2500.Kalau 30 tong...tentu kaya tu.
3)Mangsa akan dihantar bertong-tong madu ke rumah dan si penipu ini mahu cash saja kerana orang asli tak mahu terima cek.Penipu ni janji akan bawa orang Singapore tu sedikit hari lagi.
4)Mangsa pun call penipu nie selepas 2 @ 3 hari kerana tak sabar-sabar nak dapat untung atas angin...."mana pulak orang singapore ni".Alangkah terperanjatnya apabila no hp si penipu ni telah ditamatkan perkhidmatan dan si penipu ini ghaib tak muncul lagi.
5)Padahnya berlambak-lambaklah tong madu dalam rumah mangsa.Duit pun hangus.

Untuk pengetahuan tuan/puan sindikit ini adalah warganegara asing yang cakapnya bunyi macam orang melayu tapi sebenarnya ..bukan.Kalau kita dah terperasan cara cakapnya,si penipu nie cepat2 kata dia berasal dari Sabah @ Sarawak....Oleh itu berwaspadalah kita.Di bawah ini saya copykan artikel dari beberapa akhbar berhubung penangkapan dalang pembuat madu tiruan di Ampang Selangor.

METRO - 19/04/08
Peniaga jual madu tiruan silap mangsa.
AMPANG: Niat seorang pelukis jalanan untuk meraih keuntungan berganda sekali gus menjadikan dirinya kaya dalam sekelip mata, terbantut apabila cubaannya menjual 54 tong madu lebah tiruan terbongkar berikutan rasa curiga bakal pembeli terhadap keaslian madu itu.Difahamkan lelaki terbabit, seorang warga Indonesia berusia 40-an, ditahan polis ketika cuba menjual madu tiruan itu yang dipercayai campuran gula melaka kepada seorang guru yang turut menjalankan perniagaan madu lebah secara sambilan di sebuah restoran di Taman Kosas di sini, baru-baru ini.Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten komisioner Abdul Jalil Hassan, ketika ditahan lelaki terbabit membawa 54 tong madu yang bakal diserahkan kepada pembeli menggunakan sebuah lori tiga tan yang dipandu seorang lagi warga Indonesia.“Keseluruhan rampasan bernilai hampir RM135,000 membabitkan rampasan madu tiruan, oleh itu pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan urusniaga khasnya yang berkaitan pembelian madu lebah.
“Dipercayai ramai lagi yang sudah menjadi mangsa dan diharapkan mereka tampil untuk membantu kami menyelesaikan kes penipuan ini,” katanya.
Suspek bijak memancing mangsa supaya membeli madu itu dengan mengatakan seorang pembeli dari Singapura sudah sanggup membelinya dengan harga lebih tinggi.Mangsa juga dikatakan mendapat keuntungan lebih sekali ganda iaitu sebanyak RM2,000 bagi setiap tong jika berjaya menjualnya kepada pembeli dari Singapura itu.Bagaimanapun, pembeli yang meragui kewujudan madu itu, ditambah pula dengan tawaran harga yang dianggap terlalu murah iaitu hanya RM1,000 setiap tong berbanding harga pasaran RM3,500 setong, mangsa meminta bantuan sahabatnya yang mengesahkan ia madu tiruan.Hasil soal siasat membawa sepasukan anggota polis ke rumah suspek yang turut dijadikan pusat memproses bekalan madu tiruan di Klang, Selangor.Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan dan akan didakwa mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan, atas tuduhan cubaan menipu.


Utusan Malaysia
Warga asing jual madu tiruan ditahan.
AMPANG JAYA 19 April - Polis menahan seorang lelaki warga asing ketika cuba menjual 54 tong madu tiruan dengan harga RM 54,000 iaitu RM1,000 setong kepada seorang mangsa di sebuah restoran di Taman Kosas, Ampang di sini 4 April lalu.
Pemeriksaan mendapati keseluruhan 216 liter madu yang dikatakan sebagai asli itu sebenarnya cecair hasil campuran gula merah dan air tebu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan ketika cuba berurus niaga dengan seorang mangsa, seorang guru berusia 33 tahun di restoran tersebut.
Menurutnya, taktik suspek ialah cuba memperdayakan mangsa kononnya harga sebenar satu tong ialah RM3,500 dan dia bersetuju memberi potongan harga sehingga RM1,000 setong.
"Dia cuba menagih simpati dengan memberitahu mangsa dia perlu menjual semua tong madu itu untuk membolehkannya pulang ke negara asalnya," katanya ketika di- temui di Balai Polis Ulu Klang di sini semalam.
Tambahnya, mangsa yang bimbang ditipu sebenarnya telah memaklumkan kepa- da polis sebelum hari urus niaga tersebut.
Katanya, pada hari kejadian, dia bersama seorang rakannya pernah diperdaya untuk menguji madu tersebut sama ada tulen atau sebaliknya.
"Rakannya kemudiannya mendapati madu itu palsu berdasarkan kelikatan cecair berbanding madu asli, mangsa terus menghubungi polis dan pihak kami telah mengambil tindakan," ujarnya.
Abdul Jalil memberitahu, polis yang tiba di situ kemudian mendapati semua 54 tong madu tiruan yang akan dijual itu disimpan di sebuah lori muatan tiga tan milik suspek.
"Siasatan mendapati suspek beroperasi secara bersendirian memproses madu tiruan di rumahnya di Klang dan bergiat aktif hampir dua tahun serta berjaya menipu RM48,000 daripada empat mangsa sebelum ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana kesalahan menipu," jelasnya.


-------------------------------------------------------------------------------------

KRITERIA @ CIRI-CIRI MADU TUALANG TIRUAN
Berikut adalah ciri-ciri madu tiruan yang amat banyak dijual di pasaran dan didakwa sebagai Madu Lebah Tualang.Saudara/saudari jangan terperanjat kerana madu ini juga ada dijual di dalam klinik swasta.Pernah saya menegur seorang doktor di Sungai Buluh yang menjual madu begini(saya demo kan pada beliau)namun beliau tetap menjualnya.Selepas saya keluar dari bilik doktor tersebut kelihatan seorang bapa mendukung anaknya sedang membeli madu tersebut.Alangkah sedihnya hati saya melihat kejadian itu.Madu yang diniatkan untuk dijadikan ubat buat anaknya akan merosakkan organ dalaman anak dan dirinya sekeluarga.Sedangkan sudah terang-terangan saya tunjukkan pada beliau mengapa saya katakan madu itu tidak asli.Apakan daya saya tidak mampu untuk menghalangnya.



Warna tidak sekata
Ada mendapan putih di dasar botol.Dlm madu ada bendasing/kulat terapung.Biasakan jika ingin membeli madu lihatlah dalam botol madu tersebut dengan cara melihat melalui sinar matahari atau lampu yang kuat/terang dibelakang madu. Lihat contoh gambar di bawah:

Buih
Buih putih pekat di atas permukaan madu seolah aiskrim Mc Donald.Hinggakan kalau nak tuang madu pun tak boleh.Buih ciptaan mereka selalu terdiri dari bahan buahan,madu & bahan kimia yang di'blend' halus.

Bau Madu
Bau yang sedikit dan mcm bau gula @ gula merah.Kebanyakan madu tipu mereka masak dan campurkan gula merah,pati buah kurma & air buah pisang serta bahan kimia.Ada juga madu tipu yang gunakan gula sentetik semata-mata(kimia yang dipalsukan menjadi manisan).

Rasa
Rasa gula yang meloyakan dan terasa besi karat.

Penjual
Tiada apa2 pengenalan syarikat atau sticker madu.Walau ada sticker syarikat pun kadang-kadang boleh diragui melalui warna madu,buih,bau & rasa.Banyak sindikit madu mendakwa dari Pahang, pergi menjual madu di pejabat-pejabat,pasar & pasar malam. Sebenarnya mereka adalah warga pendatang Indonesia yang menyamar sebagai rakyat tempatan,kononnya berasal dari Sabah @ Sarawak.Ada juga segelintir penjual madu orang tempatan yang menjual madu,yang mana madu tersebut diambil dari 'orang tengah' yang tidak dikenali.Kemudian melabelkan sebagai madu tualang. Yang paling penting ingatkan ayat ini " JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN PENJUAL MADU YANG TIDAK BERPENGALAMAN". Asakkan soalan-soalan yang patut anda tanya kepadanya tentang segala kekhuatiran anda. Lihat cara jawapannya yang teragak-agak dan bola mata yang tidak tepat memandang mata anda. Mungkin anda pada masa itu sedang menjadi mangsanya. Mereka -mereka ini masuk hutan pun tak pernah...bagaimana hendak menceritakan yang sebenarnya. Oleh itu belilah madu pada orang yang 'ahli madu' bukannya orang/penjual yang semata memandang duit anda. Maka orang yang bukan ahli madu selalunya 'terjual' madu yang tidak asli tetapi sebenarnya beliau tidak ada niat untuk menipu pembeli. Cuma selalunya di dalam hatinya sentiasa berdebar-debar takut terjumpa orang yang arif tentang madu. Dan juga hatinya selalu berbelah bagi untuk mengiyakan madu yang dijual itu 100% asli kerana beliau sendiri hanya menerima madu itu dari orang tengah saja.....masuk hutan ikut serta dan melihat sendiri cara pengambilan madu pun tak pernah. Nahhh...tepuk dada tanyanya diri anda, adakah patut anda membeli madu dengan orang yg sebegini.

Selalunya madu yang mereka jual tersebut adalah madu :
1) madu yang bersumberkan lebah yang dibela/ternak.
2) madu ternak dan madu tualang yang dicampur agar jadi banyak dan mendapat untung tinggi.
3) madu tiruan yang dimasak/diadun
4) madu sentetik/gula tiruan

Harga
Harga juga boleh memperlihatkan sesuatu madu itu asli atau tidak.Mengapa saya kata begini, contohnya jika di ambil pada pokok tualang, pokok Tualang adalah sejenis pokok hutan yang amat tinggi.Pokoknya tegak lurus dan kulit pokok yang agak licin.Dahannya hanya bercambah dihujung batang sahaja.Bukan calang-calang orang yang boleh memanjat dan mengambil madu di atas pokok ini.Risiko kematian akibat terjatuh dari pokok amat tinggi untuk berlaku.Kalau diupah pemanjat untuk tujuan mengambil madu memang amat mahal dan ianya berbaloi kepada pemanjat tersebut sesuai dengan keberaniannya.Bagaimana pula dengan bayaran krew pembantu yang lain seramai 4 hingga 7 orang. Mereka mengendalikan operasi menyambut madu yang turun dari pokok, memerah, menapis, masuk ke tong dan seterusnya membawa keluar dari kawasan hutan. Kadang-kadang melalui paya serta jalan hutan yang berbukit-bukau dengan membawa tong berisi madu seberat 40-45kg madu. Ia juga melibatkan perbagai kos termasuk pengangkutan hingga ia dibotolkan dan dilabelkan.Bagaimana pula kos pembelian mesin berelektrik yang ribu-ribu harganya? Kos Pekerja?Adakah logik sebotol madu tualang yang berat bersih 1kg dijual pada harga RM35 @ RM45 @ RM55 @ 65.Kemudian kalau pandai di'tawarkan' boleh turun harga nya kepada RM10-RM30.Logikkah?Jika anda pernah menonton Majalah 3 satu ketika dulu ada memaparkan segmen Madu Tualang.Yang mana seorang pemanjat menyatakan jika ada yang datang membeli di pangkal pokok tualang beliau akan menjualnya pada harga RM80 sebotol 1kg.Nahhh.....Fikirkanlah.





1 comment:

marcus jefferson said...

Selamat hari setiap orang,
Jual buah pinggang dan Simpan nyawa dan dapatkan wang, saya doktor alex dengan nama a
neughrogist
dalam Pembelian Ginjal, Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda untuk menyelamatkan nyawa?
mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk harga yang baik supaya anda
boleh membayar hutang anda? Ini adalah peluang untuk anda menjual buah pinggang anda
600,000.00 $ dan ke atas. Semua penderma yang berminat perlu menghubungi pasukan kami
maklumat lanjut melalui e-mel: dralexspeciallist@gmail.com Atau apa
permohonan?
+2348162029187 Pastikan anda tidak teragak-agak untuk menghubungi kami seperti yang kami kehendaki
Pasti pastikan kami bekerjasama dengan anda dan juga Kami akan pastikan anda
nikmati perniagaan dengan kami

E-mel: dralexspeciallist@gmail.com